Berat juga tajuk post saya kali ini seberat sakit perut yang sedang saya tanggung ini.Eh.Saya tidak tahu apa risiko yg bakal saya akan hadapi selepas ini.Adakah menerima sepucuk surat layang dari seorang ukhti.Atau juga menerima caci maki dari seluruh makhluk.Hope tidak.Ini cerita benar,saya teruja untuk membentangkan tajuk ini dalam blog saya untuk celoteh tengah malam saya.
Al-kisahnya,dalam sebuah negeri terdapat 5 penduduk yang baik budi pekertinya.Arakian,negeri itu bernama negeri Sri Terasing.Ingin dijadikan cerita,suatu petang ketika azan asar berkumandang mereka berlima tidak terus ke masjid malah hanya mengambil keputusan untuk solat berjemaah di rumah sahaja.Maka setelah mereka selesai mengambil wudhu' tiap seorang,semua mengambil tempat masing-masing di atas tikar sejadah.Cuma yang peliknya hanya sejadah di bahagian imam sahaja yang kosong.Habis tu sape yg nak jadi imam??Mulalah mereka saling tunding menunding jari yg tak berapa lurus dan tak berapa putih tu sesama mereka.
Kesimpulannya di sini,(aik dah kesimpulan?cerita cam separuh jalan je).Sabar dulu,saya tidak meletakkan syarat-syarat dalam blog saya ini,bahawa mana-mana post yang saya tulis haruslah kesimpulan di letakkan di akhir sekali.fullstop.Apakah anda sedang mendapati apa yang ingin saya perkatakan.Kalau belum mari saya beritahukan,dan kalau mahu saya bisikkan pada telinga anda.Dekat sikit.
Cuba anda fikir!
Bagaimana agaknya UA(ustaziatul alam) yg selalu kita sebutkan dan canangkan itu akan kita capai jika ada daie-daie atau khalifah-khalifah yg mengaku membawa panji-panji Allah bila di suruh menjadi imam dia mengundur ke belakang,tapi bila di ajak menonton filem duduknya langsung di bahagian hadapan.(malu bila fikir baru je join member tengok filem 3 idiots).
Adakah islam itu ingin manusia-manusia hipokrit sebegini?Di hadapan manusia-manusia lain bila bercakap bab dakwah memang superb la.Tapi dalam sekecil-kecil hal pun tidak boleh dilakukan jangan mimpi untuk jadi daie superb.Dunia memang benar -benar menuju kiamat.Dahulu orang sibuk kejar kebaikan sehinggakan penyamun kampung pun mengaku bilal masjid.(anda faham maksud saya??)Tapi sekarang orang sibuk taknak perkara baik sehingga ustaz pun bertukar mat bohjan.(tiada kena mengena dengan mana-mana sebab ini hanya contoh).Adakah anda faham dengan dua perumpamaan saya di atas.Maksudnya semua orang zaman sekarang bila di sajikan dengan perkara baik selalu sahaja di beri alasan.Contohnya kalau ada orang ajak dengar ceramah di masjid,tiba-tiba je dia ada kerja part-time padahalnya sebelum ini dia memang takde kerja.Itu yang saya cuba sampaikan.Saya harap anda faham dengan sekali baca sahaja.
Terkedu juga bila menulis post di blog sendiri.Ya lah kadang-kadang post kita tak semestinya untuk orang lain,untuk kita juga.Sebab diri kita harus selalu diperingati.Ya lah sebab saya juga seperti manusia-manusia di atas yg lebat berbicara pasal dakwah tapi bila sampai bab jadi imam,bagi tazkirah memang kaki kiri dah bersedia pecut.huh.Adakah keperluan berbicara perihal dakwah itu harus diputuskan hanya dalam halaqah-halaqah borneo atau hanya di dalam rumah fi zilal.Shhh.Baik anda diam dan bercakap sahaja dengan kucing perliharaan anda.Dakwah itu bukan hanya untuk orang di rumah tapi dakwah itu untuk semua.Saya rasa anda sudah cukup faham dengan post dan kosa kata yg saya guna ini.
Jadi saya menyeru diri saya dan rakan-rakan sekalian,ayuhlah kita pupuk sikap mahmudah dalam diri kita.Segala perkara baik yg ditawarkan kepada kita haruslah diterima sebab itu adalah pemberian Allah.Bukan kah setiap hari kita berdoa moga Allah kurniakan kebaikan kepada kita tetapi mengapa bila dikurniakn kita menolaknya tanpa segan silu.Marilah sama-sama menjadi baik untuk UA yg diidami.Islam perlukan orang yg mantap rohaninya dan sihat fizikalnya.Mana tahu suatu hari nanti bila pemimpin kita ingin memilih ketua untuk mengantikan beliau,beliau mungkin tidak akan bertanyakan soalan yang serupa dengan Sultan Muhammad Al-Fateh,siapa tahu entah-entah soalan yg bakal ditanya adalah siapakah sepanjang hidupnya selepas dia baligh dia tidak pernah meninggalkan solat jemaah dan tidak pernah pula menolak permintaan menjadi imam?manalah tahu kalau-kalau kita terpilih.Nah di situ ada satu kelebihan.
Marilah kita sama-sama fikirkan dan menimbang balik pelawaan saya untuk kita sama-sama jadi baik.Barulah kita boleh bergerak secara parallel.sekian.
irbid,
11.47 malam
6 celcius suhu irbid.

No comments:
Post a Comment