MUNTALAQ!!!
Telah menyeru dan sekaligus merubah cita-cita segelintir manusia.
Betul!Walaupun saya hanya mendengar muqaddimah sahaja tapi cukup memberi impak yang besar dalam jiwa kewanitaan ini.fuhh.
Telah menyeru dan sekaligus merubah cita-cita segelintir manusia.
Betul!Walaupun saya hanya mendengar muqaddimah sahaja tapi cukup memberi impak yang besar dalam jiwa kewanitaan ini.fuhh.
***
Lepas tamat pengajian di Universiti Yarmouk di Jordan saya bercadang untuk mencari rezeki di bank-bank di Malaysia.Ye lah sesuai dengan course yang saya sedang ambil ialah syariah(economic and islamic banking).Nah kenapa pula saya nak bekerja sebagai cikgu.Saya kan lulusan oversea.Nanti apa pula tanggapan org kampung kalau saya bekerja sebagai guru.
"Zita,dengar cita anak awak yang baru balik Jordan tu kerja kat sekolah je ye?kenapa?ke takde orang nak ambil bekerja?ke rizap tak lepas?Itulah baik belajar dalam negara je,paling-paling dapatlah juga jadi pegawai.."
Arrrggghhh!!
Ini bakal menyesakkan kepala otak saya yang dah memang sedia serabut ni.Plizz lah makcik-makcik kampung,jangan berkata begitu kepada ibu saya.Ibu saya akan jadi sedih dan bingung dengan keputusan anak daranya yang entah apa-apa ni.hui.
***
Muntalaq,muntalaq..
Betul terinspirasi saya.Itulah menu yang saya hadam ketika percutian yang lepas.Ketika menghadam satu demi satu prosa dan puitis yang dihidangkan,hati ini terdetik dan tersentak.Mana mungkin saya meninggalkan kampung saya sedangkan jahiliyyah masih hitam di kampung sendiri.Ramai lagi rakyat-rakyat kampung tidak mengetahui islam yang sebenarnya.Masakan saya ingin berhijrah dari kampung saya,dan bekerja di kota metropolitan dan memahamkan orang-orang di kota sahaja.fuhh.Bernafas panjang saya.
Sebab itu saya merasakan sangat perlu saya bekerja dan 'bekerja' juga di kampung sendiri.Sebab itu saya memilih menjadi cikgu.Sebab di kampung saya dan kampung seberang memang sekolah banyak.Jap.Nanti dulu,bukan bermaksud desperate.Tapi bukan kah di sekolah-sekolah mahupun di universiti kita akan jumpa lebih ramai manusia yang muda.Cop!.Saya bukan nak cari calon suami.Sebab tu saya suruh baca sampai habis.he.Kita akan jumpa di sana ramai menusia-manusia yang muda yang kita boleh bagi tarbiyah pada mereka.Sebab kalau nak tarbiyah makcik-makcik atau pakcik-pakcik kat kampung confirm confirm mereka takkan terima punya.
Dan saya rasa dengan mentarbiyah mereka,dan mereka menerima tarbiyah kita,mereka lah yang akan menjadi penyambung rantai dakwah.Sebab dakwah ini perlu kita cari pelapis.Sebab manusia tidak akan hidup selama-lamanya dan kita pun tak tahu bila kita kan mati.Jadi urgensi nya kita mencari pelapis-pelapis muda yang kuat dan bersemangat untuk teruskan perjuangan Rasulullah saw.
***
Semalam berbual-bual dengan housemates,mereka pun sama rupanya ingin menjadi cikgu.Kami bertiga mempunyai misi yang sama kenapa ingin menjadi cikgu.Sempatlah juga menyelitkan perihal kahwin.Ada yang cakap kena kahwin dengan orang yang berduit.Cop sekali lagi.Bukan sebab kami pisau cukur atau mata duitan tapi ini demi kepentingan dakwah dan tarbiyah jugalah kami kena memikirkan untuk berkahwin dengan ikhwah yang ada duit.Yelah dengan gaji cikgu,kereta pun tak dapat beli lagi.At least kalau dapat suami yang ada kereta pun jadilah,kancil pun kancillah sebab senang lah pergerakan kita nak ke program atau berjumpa mad3u.(ini hanya bualan semata)Sebab segalanya Allah yang menentukan.Ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan.Jadi sebagai hamba yang beriman wajiblah kita mempercayai semua ini.
Sebenarnya,saya sendiri tidak pasti dengan keputusan yang saya fikirkan ini.Ye lah ada beberapa masalah lagi yg perlu saya fikirkan.Saya cuma berdoa agar Allah bagi pilihan yang terbaik buat saya dan thabatkan niat saya.Tapi perancangan Allah kan lagi baik.
sekian.
irbid,
11.00am
No comments:
Post a Comment