Sunday, December 5, 2010

TITIK ITU..

“Kamu semua wajib berdakwah sebab kamu adalah pelajar syariah”

Teringat pada kata-kata seorang ustaz ketika menuntut di kolej ketika dulu.Pada mulanya kata-kata itu adalah satu anggapan yang biasa sahaja.Tidak pernah terpikir untuk mewajibkan diri menjalankan dakwah ataupun ayat biasa yang sering didengari ialah “amar ma’ruf nahi munkar”.Mungkin jiwa remaja masih belum bersedia menikmati kesenangan duniawi,mungkin belum puas berbual tentang hiburan dunia sehingga tidak sanggup menutur bahasa-bahasa indah al-quran.Ya Allah!!Tidak pernah disangka seorang penuntut islam pernah menolak untuk berbicara di jalan Allah dan beramal di jalan Allah.Astaghfirullah al-‘azim..Kenapa???Takutkah kami dicaci??Takutkah kami di pulau??
Namun….
Tidak pernah disangka,anggapan biasa terhadap dunia dakwah dahulu,kini telah berubah dan menjadi begitu penting.Sungguh indah bergelumang dalam dunia yang berlandaskan syariat.Semua perkara dan perbuatan menjadi tenang.Alhamdulillah..Dakwah yang pertama dijalankan bukan pada kawan-kawan lagi,bukan kepada keluarga,bukan kepada masyarakat di luar,namun pada diri sendiri.Dakwah kepada diri agar menerima tanggungjawab yang diamanahkan dan bersedia membuat perubahan mengislahkan diri.
Kemudian,
Bila diri terasa kuat dan gagah berpijak,dan tatkala lidah lembut menuturkan kalimah Allah maka,kami bersedia berjalan di muka bumi menyeru dan terus menyeru kepada kebaikan.Walau diri sentiasa rebah menahan sakit panahan bisa kata-kata mereka yang tidak mahu menerima seruan dan nasihat,tetapi tetap kami bangun menangkis panahan itu dengan kalam hikmah.Pernah ketika sedang menjalankan amanah ini kami menyimpan hasrat untuk berhenti dan berputus asa daripada tanggungjawab kami kerana beban yang begitu berat kami tanggung.Setiap masalah yang kami ingin selesaikan pasti sukar diselesaikan.Kami lambat dapat natijah yang baik dari setiap perbuatan yang kami lakukan.Namun,seorang sahabat yang sama –sama berjuang selalu berpesan “kita tak boleh ngalah dan putus asa,kita berdoa je pada Allah agar segala urusan kita lancar”.Teringat juga pesanan para ustaz dan ustazah serta sahabat-sahabat dan yang paling penting pesanan dari Rabbana “la yukallifullahu nafsan iila wus’aha-Allah tidak akan membebankan seseorang itu kecuali dia mampu”.Ya Allah,sanggup kami tidak percaya pada diri sendiri sedangkan Allah percaya kepada hamba-Nya.ATAU adakah kami sekali lagi memilih untuk berhenti melalui jalan ini dan kami bertukar ke jalan lain.Semoga Allah melindungi kami dan menetapkan kami di jalan ini selamanya.Insya Allah..

Seringkali kami menangis hiba..  
Seringkali kami merenung jauh..
Seringkali kami terpaksa berahsia..
Seringkali kami mendiamkan diri hanya memerhati..
Seringkali kami mengeluh panjang..
Seringkali kami jatuh tidak terluka..
Seringkali kami terpisah setelah bersatu..
Seringkali itulah yang mengajar kami erti ketabahan menempuh perjuangan ini..walau seorang diri..

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura