Sunday, December 5, 2010

SEPI









Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan

Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi

Tak jemu ku terus menanti

betapa sunyi andai jiwa kesepian...
sebab tiada siapa pun yang dapat menemani diri...
tiada siapa dapat faham isi hati...
tiada siapa tahu apa yang tersirat..

aku bukanlah orang yang senang menyayangi..
namun..
sekali aku menyayangi entah berapa inci tebalnya..
dan aku sangat berharap andai setipa inci kasih sayang yang aku curahkan
akan aku dapat balasannya..
namun..
itu bukan kudratku..
itu kudratNYA..
DIA yang pegang hati manusia..
aku tidak boleh paksa "orang itu" untuk sayang pada aku..
cukup aku sahaja..
kerana memberi itu lebih baik dari menerima..

memang...
memang sangat sedih dan terkilan kalau dia boleh bergelak ketawa ceria dengan orang lain
tetapi bukan aku..
memang sangat sedih kalau "orang itu" dan aku selalu tidak sefikrah..
ada sahaja yang tidak kena..
apakah aku puncanya "orang itu" menjadi begitu..
kalau benar..
aku rela berundur..
asal "orang itu" mampu tersenyum walau bukan kerana aku..

maafkan aku "orang itu" kalau aku selalu menyakitimu..
maafkan aku "orang itu" kalau aku tidak sefikrahmu..
maafkan aku "orang itu" kalau aku bukan punca gembiramu..
maafkan aku "orang itu" kalau sebenarnya aku bukan pilihanmu..

aku pasrah itu...
terima kasih "orang itu"..
aku menyayangimu bukan kerana balasan..
aku menyayangimu kerana DIA..

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura